top of page

Sebab perlu miliki MacBook


Miliki MacBook anda dengan harga berpatutan dengan ReNew+. Semak kelayakan anda di laman web kami dan anda dapat meningkatkan produktiviti anda dengan MacBook tidak lama lagi.


Jika anda telah menggunakan PC sepanjang hidup anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk beralih ke Mac selepas ini. Dan anda mungkin berpandangan, dengan harga komputer Apple yang agak mahal jika dibandingkan dengan PC, mengapa ada yang sanggup berbelanja lebih untuk memilikinya? Teruskan membaca untuk ketahui dari sudut pandangan pengguna PC dan Mac.


MacBook adalah mesra-pengguna

Gerak hati pengguna adalah sebahagian daripada DNA Apple. Sekiranya anda belum menggunakan MacBook, anda mungkin pernah menikmati pengalaman ini melalui iPhone atau iPad. Anda mungkin juga pernah mendengar tentang ekosistem Apple yang menjadikan semua peranti Apple anda berfungsi dengan harmoni. Setelah anda menikmati betapa lancarnya macOS, apabila anda menggunakan PC semula, pengalamannya amat berbeza sekali.




MacBook boleh dipercayai dan lebih selamat

Apple amat teliti dari segi sistem keselamatan dan dengan sistem operasi yang ketat yang sentiasa dikemas kini, serangan virus dipastikan terkawal. Tambahan pula, Apple mencipta sendiri perkakasan dan perisiannya, jadi anda boleh mengharapkan ketekalan dan kestabilan daripadanya.



Jangka hayat bateri boleh dipercayai

Walaupun terkenal dengan kehebatan skrinnya, jangka hayat bateri MacBook boleh dipercayai. Baterinya boleh digunakan lebih dari 10 jam. Walaupun jika sampai masanya bateri tidak seperti sebelumnya, anda boleh memeriksanya dan menggantinya supaya kembali berfungsi dengan lancar.




MacBook tahan lama

MacBook diperbuat sepenuhnya dari aluminium. Ini menjadikannya tahan lama dan ringan namun tetap berestetika. Dengan sejumlah fail penting yang pastinya tersimpan rapi di dalam komputer peribadi anda, tentunya anda tidak akan mahu kehilangan semuanya dengan sekelip mata dengan hanya satu hentakan.




MacBook adalah menawan

Seperti petunjuk sebelum ini, MacBook amat sedap mata dipandang. Bukan sahaja kelihatan indah, dengan setiap ciri padanya dirasakan amat lancar penggunaannya bersesuaian dengan rekaan aluminium, semuanya terasa terletak. Ada sesuatu tentang skrinnya, yang menjadikannya pilihan utama bagi pereka, jurugambar, bahkan jua hipster.




Bagaimana untuk memiliki MacBook dengan harga berpatutan

Kini, anda boleh miliki MacBook idaman anda dengan ReNew+, program pertama di pasaran yang menawarkan pelan ansuran sehingga 36 bulan dan kelulusan segera di stor. Tanpa memerlukan kad kredit.


Untuk semak kelayakan anda untuk ReNew+, anda boleh lakukan penilaian Pra-Kelayakan di renewplus.compasia.com


Untuk dapatkan penilaian dalam Program Pra-Kelayakan ini, anda perlu memenuhi kriteria berikut:


  • Umur minimum 25 tahun dan umur maksimum 64 tahun;

  • Warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan Biru

  • Pemohon baharu untuk Program Pra-Kelayakan yang belum mendaftar untuk Device Lifecycle Program yang ditawarkan oleh CompAsia Sdn Bhd dan Terra Optimus Pearl Sdn Bhd; dan

  • Salinan gambar yang serupa dengan gambar pada Kad Pengenalan anda Malaysian citizens holding a BLUE NRIC;


Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pra-Kelayakan, sila layari https://www.renewplus.compasia.com/apply-now

65 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント


bottom of page